Anda akan jimat banyak wang anda daripada membayar bill air apabila mesin basuh baju ini dipasarkan pada tahun 2011. Mesin ini menjimatkan penggunaan air sebanyak 90% dari biasa. Sebagai penggantinya sejenis manik daripada nylon digunakan yang mana ia mampu menyerap segala kekotoran yang ada pada pakaian.
Sejak dulu kita mempelajari kitab fekah yang biasanya bermula dengan topik Taharah. Kita diperkenalkan dengan berbagai jenis air dari air mutlak hinggalah ke jenis yang paling rendah iaitu air muttanajis.
Kita juga diajar tentang cara menyucikan sesuatu dengan melalukan air pada barang atau tempat yang hendak dicuci, jika tidak alamat tidak sucilah pakaian kita dan sia-sialah ibadat solat kita jika memakai pakaian yang tidak suci.
Persolannya bagaimana dengan status pakaian yang dicuci dengan alat yang amat kurang menggunaka air sebaliknya menggunakan manik nylon untuk mencuci, adakah ia suci dan sah kerja pencucian kita tersebut?
Teknologi laju meninggalkan kita dan para ulama kita, kebanyakan dari kita umat islam masih berperang dengan isu yang remeh temeh dan masih mengulang ulang baca kitab yang ditulis ratusan tahun dulu yang mana tiada lagi istilah elektronik pada masa itu.
Kita terus hanyut dan hanyut, nak buat tak tahu hukum, tak buat takut ketinggalan akhirnya apapun tak buat...