Pages

Saturday, 22 October 2011

Cara nak potong kuku...


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.


((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

5 Kesan Pada Mata - Apa Tandanya !


Mata kita amat berkait rapat dengan keadaan hati kita. Sebarang perubahan pada mata kita menunjukkan ada sesuatu yang sedang berlaku pada hati. Cuba baca tanda-tanda di bawah dan lihat samada anda pernah mengalaminya.

  1. Mata menjadi merah - Mata yang merah menunjukkan bahawa badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin yang banyak pada badan. Jika kita mengalami keadaan ini, menunjukkankan hati kita mempunyai tahap kandungan toksin yang tinggi.
  2. Mata menjadi kabur - Ini menunjukkan proses penyimbangan hati sedang berlaku. Biasanya mata menjadi kabur pada waktu pagi.
  3. Keluar tahi mata - Menunjukkan fungsi hati menjadi lemah, oleh itu badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin untuk memulihkannya. Ini juga menunjukkan badan mengandungi acid berlebihan.
  4. Keluar air mata - Ini menandakan ada gangguan hati atau emosi kerana anda sakit hati pada orang lain atau bebanan kerja yang terlalu banyak.
  5. Kelopak dan mata menjadi tegang - Ini juga ada kaitan dengan tekanan perasaan atau tidak puas hati atau banyak kerja.

Cikgu-Cikgu Wanita Ini Dituduh Rogol Pelajar Lelaki !


Banyak kes guru wanita yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara kerana mengadakan hubungan seks bersama dengan pelajar mereka yang di bawah umur. Mereka menjalinkan perhubungan terlarang tersebut sehingga tertangkap dan didapati bersalah.
Debra Lafave - Bersalah kerana seks dengan
palajarnya yang berumur 14 tahun. Dia yang
baru berkahwin terjebak dengan hubungan
intim bersama pelajar amat menghairankan
orang ramai

Dalam semua kes, hanya guru wanita yang akan dijatuhkan hukuman dan pelajar lelaki akan terlepas begitu saja malah akan dianggap sebagai mangsa rogol kepada para guru wanita tersebut.

Sistem menentukan tahap kematangan melaui umur amat tidak sesuai dalam hal hubungan seks ini. Dalam agama Islam mereka yang berakal dan sudah akil baligh adalah dipertanggung jawabkan ke atas segala dosa kesalahan mereka.


Tahap umur untuk menjadi baligh adalah berbeza-beza tapi itu bukanlah persoalannya. Yang pentingnya kita perlu menerima hakikat bahawa ada lelaki yang sudah aktif dari segi keinginan seksnya sejak berumur 14 tahun, walaupun manusia moden mengatakan mereka itu kanak-kanak yang perlu di lindungi.

Ya memang mereka perlu dilindungi, tetapi dengan cara tidak merangsang mereka ke arah seks haram melalui pergaulan bebas dan berhati-hati dalam perhubungan lelaki perempuan. Jangan berduaan bersunyian kerana akan ada pihak yang ke tiga.


Peliknya, ada ramai yang mahu mengikut dan mengagungkan undang-undang barat atau Amerika dan kita mahu mengambil takrif kehidupan mengikut selera mereka. Lihat himpunan gambar cikgu-cikgu wanita serta kes-kes mereka di sini.

Cuba Teka Siapakah Pemimpin Ini...? Wajib Baca Dan Teka, Anda Tentu Terkejut !!!


Ada seorang pemimpin yang hebat telah muncul pada satu masa lalu. Berikut adalah perkara-perkata yang menggambarkan pemimpin tersebut:

  1. Dia pernah menulis buku tentang perkauman.
  2. Negaranya miskin sebelum dia menukarkannya menjadi negara industri.
  3. Dia mempromosi dan menjayakan pengeluaran kereta nasional pertama negara.
  4. Dia gigih membina kemajuan sains dan teknologi negaranya.
  5. Dia pastikan negaranya menjadi host kepada sukan-sukan hebat bertaraf dunia.
  6. Stadium dan prasarana sukan yang hebat dibina bagi menjayakan hasratnya itu.
  7. Dia terpaksa menghadapi serangan matawang yang teruk semasa memimpin negaranya.
  8. Dia sentiasa menuduh masalah negaranya adalah hasil dari konspirasi yahudi, kuasa asing dan kuasa jahat dari luar.
  9. Dia sentiasa mengkritik kebanyakan kuasa besar dunia.
  10.  Kebanyakan dari negara luar mengkritiknya namun banyak juga yang memujinya.
  11. Dia menekan kekuatan pembangkang ke tahap paling rendah dan hampir semua media dikuasainya.
  12. Dia mempunyai orang nombor dua yang berusaha kepada perubahan dan reformasi yang mencetuskan dengki dan irihati di kalangan pimpinan tertinggi sesama parti.
  13. Orang no. 2 itu bersama dengannya dalam tempoh lebih kurang 17 tahun dan akhirnya disingkirkan atas tuduhan belot dan juga homoseks.
Siapakah agaknya pemimpin yang dimaksudkan di atas. Tentu ramai yang rasa dia kenal siapa yang dimaksudkan berdasarkan semua gambaran yang telah diberikan.

Pemimpin yang dimaksudkan di atas adalah Adolf Hitler, Pemimpin Nazi dari Jerman. Tentu anda terkejut dengan jawapan tersebut kerana ia ada persamaan dengan orang yang kita amat kenal. Apakah pemimpin yang seorang lagi itu mengikuti jejak langkah pemimpin yang sebelum itu dalam mengatur semua strateginya?