Tidak bersarapan - mengakibatkan kandungan gula dalam darah menjadi rendah seterusnya otak akan kekurangan zat dan menyebabkan keupayaannya merosot.
Terlebih makan - menyebabkah saluran darah pada otak mengeras dan melemahkan keupayaannya.
Merokok - otak menjadi kecut dan meningkatkan risiko penyakit Alzheimer
Berlebihan pengambilan gula - mengganggu proses penyerapan protein dan zat dan seterusnya tubuh badan akan berkurangan zat makanan. Ini mengganggu perkembangan otak
Pencemaran udara - Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan oksigen. Menyedut udara yang tercemar menyebabkan otak kekurangan oksigen seterusnya mengurangkan kecekapan otak
Tidur tak cukup - tidur merehatkan otak. Kurang tidur menyebabkan mempercepatkan kematian sel-sel otak.
Serkup kepala ketika tidur - dengan menyerkup kepala ketika tidur, kepekatan gas karbon dioksida meningkat dan kepekatan gas oksigen menurun. Ini mampu menigkatkan kesan kerosakkan otak
Menggunakan otak ketika sakit - Kuat berfikir seperti mentelaah pelajaran ketika sakit mengurangkan kecekapan otak dan boleh membawa kepada kerosakan otak.
Kurang berfikir (ketika sihat) - Senaman untuk otak adalah berfikir dengan serius. Kurang aktiviti itu menyebabkan otak mengecut.
Kurang bercakap - Berbual perkara-perkara yang berat dan serius atau berbincang membantu kecekapan dan perkembangan otak.
Kesimpulannya adalah jaga makan, jaga tidur , sering berfikir untuk memperbaiki kehidupan dunia dan akhirat dan sering bertukar-tukar fikiran melalui perbincangan secara intelektual amat penting untuk menjadi manusia yang menjaga otaknya dan menunaikan amanah serta tanggung jawabnya sebagai khalifah di muka bumi.
No comments:
Post a Comment