Pages

Sunday, 30 October 2011

Pembedahan Jahit Semula Selaput Dara Popular Di Magribi !!!




Tak terfikir pulak saya dah lama wujud pembedahan seumpama ini dan menjadi suatu permintaan yang amat tinggi terutamanya di negara arab Magribi seperti Maroko, Algeria dan juga Tunisia.

Desakan masyarakat yang menganggap bahawa wanita yang telah kehilangan dara sebelum berkahwin sebagai satu kecelakaan atau sial membuatkan ramai wanita arab menjalani pembedahan menjahit semula dara mereka yang dirobek oleh kekasih haram sebelum perkahwinan. Mereka mahu memastikan dara mereka kembali seperti asal sebelum melalui malam pertama selepas bernikah dengan suami sah mereka.

Terdapat satu dokumentari yang menjadi isu hangat di Magribi yang melaporkan rencana serta liputan terhadap isu pembedahan pemulihan dara ini sekarang di sana. Rencana tersebut condong ke arah mempromosikan perbincangan terbuka terhadap kepercayaan mengekalkan dara sebelum berkahwin secara sah yang mereka anggap kuno.


Saya agak terkejut mendapati ramai dikalangan wanita Maroko yang kehilangan dara sebelum berkahwin merasa kesal dengan sikap masyarakat yang meletakkan maruah mereka pada selaput dara. Mereka beranggapan bahawa maruah seseorang wanita bukanlah pada selaput daranya.

Tak perlu rasanya saya bahaskan isu ini dengan panjang lebar. Apa yang berlaku ini adalah satu contoh betapa arus perubahan cara berfikir yang amat liberal dan bertuhankan nafsu sedang bergolak di serata muka bumi.

Nampak seperti tidak tertahan lagi benteng keimanan yang memelihara moral kemanusiaan berlandaskan Al_Quran dipukul ribut nafsu hasutan syaitan. Agaknya kat Malaysia sekarang ni berapa kos yang ditawarkan kepada mereka yang mahu menjahit semula selaput daranya?.

Anda boleh baca berita lanjut dan menarik ini dengan klik di sini.

No comments:

Post a Comment